Uncategorized

Tiada Tajuk.

Untuk ke sekian kalinya, saya menulis lagi. Masih, untuk entah ke berapa tahun, tidak pasti hendak membahasakan diri aku atau saya? Anda rasa?

Saya – lunak dan general. Beberapa kali juga cuba menggunakan aku, dan percubaan itu menjadikan manusia lebih menghindari.

Masih sejuk di sini. Jam 01.00 nanti dikhabarkan bakal gempa. Anak-anak sudah bertanya, jam sudah dekat, di mana gempanya?

“Tunggulah jam 1.00 pagi nanti seperti yang diramal,” balasku. Selamba. Tanpa persiapan. Tanpa ketakutan. Manusia, beginilah. Meski (bakal tahu) tarikh mati sekali pun, sepertinya tidak begitu takut akan mati. Masih mahu menulis di blog yang baru di-install sebentar tadi. Bukankah patut sudah saya sediakan beg kecemasan, bersiap sedia untuk menghadapi gempa – yang mungkin atau tidak – akan datang sebentar lagi? Adakah ini suatu yang lucu atau khabar mendatar yang tidak mengesankan langsung? Ah, anak-anak masih terkekek-kekek ketawa jam ini, melihat kucing lucu di kaca TV.

Tuhan, aku – eh, saya, sedang menulis apa?

Ayza hari ini migrain.
Sekian. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *